Sesuatu yang pelik sebenarnya ada sebab. Dulu masa saya pertama kali menaiki kapal terbang pada tahun 2004. Saya ingat lagi saya menaiki penerbangan Qatar Airways dari KLIA ke Egypt.
Kami transit di Doha sebelum menukar kapal. Saya perasan ada seorang perempuan arab berjubah hitam. Badan agak besar duduk di tepi tingkap. Dia khusyuk membaca AlQuran. Saya berbisik sendirian "Bagusnya dia sebab sentiasa berdamping dengan AlQuran. Di tempat aku tak lah aku jumpa macam ni" Baik sangka sungguh aku masa tu.
Selepas 2 jam penerbangan, kami dalam fasa menurun untuk mendarat, tiba tiba sebwlum sempat nak landing, kapal terbang terbang naik semula. Kami terranya tanya, apakah ini? Kapal nak terhempas ke? Ada perampasan pesawat ke? Saya tengok wajah semua orang pucat. Masing masing terpaku menyerah nasib pada Tuhan. Tawakkal yang teramat sangat.
Tak semena mena perempuan yang baca AlQuran tadi menjerit "Allahhhuakbar...Allahuakbar" tergempar kami seketika. Rupanya dia takut naik kapal terbang.
Rasa nak tergelak pun ada. Tapi tak berani nak gelak sebab aksi landing pesawat masih belum habis. Dan akhirnya alhamdulillah kami dapat juga mendarat dengan selamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan