Senior Gold



TAKAFUL UNTUK MAK AYAH YANG SUDAH ADA MASALAH KESIHATAN 

Darah tinggi, diabetis, gout, sakit jantung, strok, dialysis buah pinggang, kanser, arthritis, Parkinson disease dan semua jenis penyakit, boleh mohon

GERENTI LULUS. TAK PERLU CHECK UP
DARI SEMURAH RM50 SEBULAN.

Faedah Kematian cover selepas 2 tahun polisi dan Faedah kematian berganda akibat kemalangan. Tidak ada faedah penyakit kritikal atau medical kad.




FAEDAH KEMATIAN UNTUK IBUBAPA?

"Tapi En Mahyuddin, takpe ke kita ambil Takaful untuk ibubapa yang sudah tua? Rasa macam harapkan mereka mati pula" kata seorang prospek.

Ambil takaful bukan harap seseorang itu mati cepat,
Mati tu pasti dan mati tu kerja Allah, bukan kerja kita,
Cuma kita boleh buat persediaan untuk menghadapinya,
Dan wang pampasan takaful ni nanti, boleh waqafkan ke masjid supaya ibubapa kita dapat pahala yang berterusan.

Bukankah bersedekah untuk ibubapa itu BUKTI KITA SAYANG IBUBAPA KITA? Nak berbakti pada mereka tak? Ini cara paling mudah. Semurah RM50 sebulan untuk ibubapa kita.

SITUASI 1 - KEBAJIKAN IBU
Emak umur 58 tahun.
Ada sakit kencing manis dan darah tinggi.
Anak mohon Takaful Warga Emas untuk emak.
Bulan-bulan carum RM 50.
Takdir hidup, emak meninggal dunia pada umur 61 tahun kerana sakit tua.
Anak yang mohon takaful emak tadi akan terima dana khairat kematian emak sebanyak RM 11,738 secara hibah. Adik beradik lain tak boleh pertikai sebab bayaran secara Hibah.
Daripada RM 11,738 tu tadi, anak gunakan
- RM 2,000 belanja mengurus jenazah, kafan, gali kubur, van jenazah, kenduri ringkas
- RM 3,000 anak gunakan untuk bayar hutang-hutang mak yang bersangkutan masa hidup
- RM 3,000 anak belanjakan buat upah haji untuk mak
- RM 2,000 anak sedekahkan dan wakaf tunai kepada masjid atas nama mak
Bakinya RM 1,738 tu anak tadi buat modal untuk pengurusan pusaka mak.
MasyaAllah.
Bagusnya kita boleh ikhtiarkan macam ni sebagai anak melalui instrumen Takaful Warga Emas.
Mak meninggal kita tak boleh balas jasa mereka. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya kita boleh lakukan sesuatu kebajikan untuk mereka.
Sebulan Rm 50, simpan sendiri 3 tahun, baru dapat RM 1,800.
Tapi dengan Takaful Warga Emas, nak boleh buat macam-macam kebajikan untuk seorang mak, hanya dengan sebulan RM 50.
Ermmm...
Kalau rasa mahal RM 50 tu, pegi la potong Astro awak tu. :)
Ada yang nak proposal Takaful Warga Emas macam ni ?

SITUASI 2 - SETEL KAD KREDIT.
Din, saya nak beli medical kad untuk ayah saya. Umur dah 55 tahun. Tapi dia dah ada darah tinggi, kencing manis dan gout."
Maaf tuan. Untuk warga emas yang ada masalah kesihatan, tak boleh mohon medical kad. Sure decline. Saya offer Takaful Warga Emas, cover kematian sebarang punca selepas 2 tahun dan kematian kemalangan. Boleh?
"Laaa.. Faedah kematian nak buat apa?? Saya nak cover kos perubatan ayah saya. Risau kena masuk hospital selalu! kata beliau sambil merungut
-------------------------------
Selepas 2 tahun

"Din... Takaful warga emas dulu tu, ada lagi ke? Ayah saya dah nazak kat hospital ni. Saya pun dah habis berhutang dekat RM30,000 kat kad kredit, tanggung kos rawatan dia. Takut dia pergi tak lama lagi"
Maaf tuan. Takaful warga emas ni cover kematian sebarang punca selepas 2 tahun. Kalau dah nazak sangat dan baru nak mohon, saya khuatir ia tak cover dan pulangkan balik caruman nanti bila meninggal awal.
"Apa lah Takaful ni? Semua tak boleh!!! "
Bukan semua tak boleh tuan. Tuan ingat Takaful ni jual duit pampasan. Maka bila tuan nak pakai duit, BARU TUAN INGAT TAKAFUL. Walhal Takaful ni JAMINAN TANGGUNG KERUGIAN SEBELUM MUSIBAH BERLAKU.
Masa saya cerita Takaful Warga Emas 2 tahun dulu, tuan cakap buat apa nak ambik? Sekarang dah nazak, ada hutang kad kredit 30K nak bayar, baru kalut cari saya balik.

SITUASI 3 - KEBAJIKAN AYAH.
Ayah meninggal dunia kerana kemalangan, tanpa meninggalkan sebarang harta. Hanya punyai sebuah rumah usang dihujung kampung.
Tinggallah emak seorang diri tanpa suami disisi. Anak ada 5 orang semua dah kahwin. Masing2 nak jaga perasaan pasangan masing-masing, main tolak-tolak, siapa yang nak jaga mak.
Pada hal, dari kecil mereka berlima ditatang seperti minyak yang penuh.

Dahlah siang tadi masing-masing berkira siapa nak tanggung tentang kos pengkebumian ayah, kenduri dan hutang piutang yang ada. Mak pula ingatkan anak-anak, yang Allahyarham ade niat nak menunaikan haji tahun depan, tapi tak kesampaian hajatnya.
Jika AWAK ditempat mereka sebagai anak-anak, apa yang AWAK akan lakukan?

IKHTIAR SEBELUM BERLAKU SITUASI DI ATAS
Awak ada 5 orang adik beradik. Umur mak dan ayah 60 thn. Dua-dua mak ayah punyai penyakit diabetes dan jantung yang teruk.
Mulai sekarang, pakat dengan adik beradik infaqkan sorang hanya rm20 sebulan untuk orang yang tersayang ini. Orang yang melahir dan membesarkan anda sehingga berjaya sampai sekarang.
Mohon Takaful Warga Emas untuk mak dan ayah.
Walaupun mak dan ayah ada sakit kronik tadi, dengan Takaful Warge Emas permohonan gerenti LULUS 100%. Tak payah nak medical checkup bagai.
Apa yang dapat bila buat takaful untuk ayah dengan situasi di atas tadi?
✔ Selesaikan kos pengkebumian
✔ Bayarkan hutang piutang, fidyah arwah ayah
✔ Setelkan terus niat ayah nak pergi haji tadi dengan buatkan upah haji
✔ Buat belanja kenduri & tahlil
✔ Ada duit lebih, buat belanja untuk jaga mak yang tinggal keseorangan

MasyaAllah.
Cantiknya susunan IKHTIAR melalui takaful warga emas untuk mak ayah kita. Rugi sungguh kalau kita lepaskan peluang sebab hanya perlukan RM 50 sahaja.
Pada sahabat yang baca, abg mohon sharekan post ini semoga dapat bantu mereka yang nak cari takaful untuk mak ayah yang dah berpenyakit.
Jom mohon sekarang.


2 ulasan:

  1. Adakah anda ingin membeli Buah Pinggang atau anda ingin menjual anda buah pinggang? Adakah anda sedang mencari peluang untuk menjual buah pinggang anda untuk wang akibat krisis kewangan dan anda tidak tahu apa yang harus dilakukan buat, kemudian hubungi kami hari ini dan kami akan menawarkan sejumlah wang sebanyak $ 400,000 dolar untuk Buah Pinggang anda. Nama saya Doktor MOHAMMED adalah seorang ahli nefrologi di HOSPITAL FRANCISCO. Hospital kami khusus dalam Pembedahan Buah Pinggang dan kami juga berurusan membeli dan transplantasi buah pinggang dengan hidup penderma yang sepadan. Kami terletak di India, Turki, Amerika Syarikat, Malaysia, Dubai Jika anda berminat untuk menjual atau membeli buah pinggang, jangan ragu untuk menghubungi kami melalui e-mel. E-mel: franciscohospital1988@gmail.com

    Selamat sejahtera

    DR MOHAMMED

    BalasPadam

Nak Kuat Ingatan...Boleh Cuba Cara Ini

Cuba tip-tip ini apabila ingin mengingati sesuatu yang penting: 1. Mengalihkan perhatian dari diri sendiri . Kita mungkin merasak...