Ahad, 26 Mac 2017

Ejen Takaful : Jurujual vs Perunding

Zairul...didatangi 2 orang ejen takaful pada selang masa berbeza...

Ejen A : "Tuan...saya ada jual plan takaful kalau meninggal, lumpuh, sakit kritikal, kemalangan dan elaun wad jika terjadi apa apa musibah tuan akan dapat gantirugi sekian sekian jumlah. Tuan nak ambik yang bulanan bayar berapa dan berapa bajet bulanan tuan"

Zairul : "Oh...bagi saya plan yang paling murah sudah lah. Saya tak berapa cukup bajet ni".
~~~~~~~~~~~~~~
Pada hari yang lain...

Ejen Z : "Tuan....boleh saya tahu adakah gaji tuan penting untuk tuan dan family tuan?"

Zarul : "Ya...penting"

Ejen B : "Boleh saya tahu kenapa ia penting?"

Zarul : "Sebab semua keperluan keluarga bergantung kepada gaji saya. Kalau saya tak kerja, keluarga saya tak makanlah..."

Ejen B :"Jadi...apa plan backup tuan untuk pastikan tuan dan keluarga tuan terus dapat gaji sampai bila bila walaupun tuan dah tak bekerja kerana sakit?

Zarul : "Tak ada lah pulak" terkebil kebil mata Zarul..

Ejen B : "Kalau boleh saya tunjukan satu plan yang mudah, murah dan berkesan untuk selesaikan masalah tuan tu, adakah tuan berminat?".

Zarul : "Ok boleh juga"

Ejen B :" Gaji tuan 5000 sebulan...jadi tuan perlukan perlindungan takaful asas sebanyak RM 750,000. Dengan jumlah ni bila dilaburkan semula dengan anggaran return 8% setahun, tuan akan dapat balik 5000 sebulan"

"Jika tuan ditimpa sakit kritikal pula, tuan akan dibayar RM200,000. Duit ini boleh digunakan untuk menampung kos rawatan alternatif dan kos sampingan sepanjang tempoh 3 tahun yang kritikal tu"

"Elaun wad yang akan tuan dapat pula ialah sebanyak RM170 sehari bersamaan sebulan gaji tuan".

"Jika tuan nak...boleh tambah plan medical card yang cover kos rawatan di hospital swasta 100,000 setiap tahun".

Zarul : "Menarik....berapa caruman?"

Ejen B : "Tak lebih 10% dari gaji tuan bersamaan 500 sebulan"

Zarul : "Hmmm...murah juga ya"

Ejen B : "Memang murah gila tuan plan ni".

Zarul : "Ok lah...saya ambil plan ni"

Selasa, 21 Mac 2017

Nasihat Tak Guna

Bila ada kawan kawan nasihat "Tak payah la ambik plan takaful tu, tipu saja, sekarang ni takaful memang janji itu ini nak ganti gaji kau lah bela nasib keluarga kau lah, masuk wad dapat elaun harian lah. Aku tak percaya lah semua tu..."

Satu ja saya nak tanya...."Kalau terjadi apa apa pada encik, adakah kawan encik tu akan ganti gaji encik sampai bila bila?. Encik sakit adakah dia akan bagi duit setiap hari? Encik meninggal awal adakah dia akan berikan sara hidup keluarga encik setiap bulan dan tolong setelkan hutang encik tu?"

"Sebenarnya encik, kawan encik tu tak tahu pun selok belok takaful, dia dengar orang lain kata penipu dia pun kata takaful tipu jugak lah, walhal dia tak tahu pun punca pampasan takaful yang tak dibayar kepada kawan dia yang kata tipu tu...jadi dia dengar telefon buruk sajalah.

Encik nak percaya ke pada dia berbanding saya ni yang bercakap ikut fakta dan dimasukkan dalam perjanjian takaful encik ni? Semuanya ada dalam buku polisi yang cantik ni"

Orang Takut Naik Flight

Sesuatu yang pelik sebenarnya ada sebab. Dulu masa saya pertama kali menaiki kapal terbang pada tahun 2004. Saya ingat lagi saya menaiki penerbangan Qatar Airways dari KLIA ke Egypt.

Kami transit di Doha sebelum menukar kapal. Saya perasan ada seorang perempuan arab berjubah hitam. Badan agak besar duduk di tepi tingkap. Dia khusyuk membaca AlQuran. Saya berbisik sendirian "Bagusnya dia sebab sentiasa berdamping dengan AlQuran. Di tempat aku tak lah aku jumpa macam ni" Baik sangka sungguh aku masa tu.

Selepas 2 jam penerbangan, kami dalam fasa menurun untuk mendarat, tiba tiba sebwlum sempat nak landing, kapal terbang terbang naik semula. Kami terranya tanya, apakah ini? Kapal nak terhempas ke? Ada perampasan pesawat ke? Saya tengok wajah semua orang pucat. Masing masing terpaku menyerah nasib pada Tuhan. Tawakkal yang teramat sangat.

Tak semena mena perempuan yang baca AlQuran tadi menjerit "Allahhhuakbar...Allahuakbar" tergempar kami seketika. Rupanya dia takut naik kapal terbang.

Rasa nak tergelak pun ada. Tapi tak berani nak gelak sebab aksi landing pesawat masih belum habis. Dan akhirnya alhamdulillah kami dapat juga mendarat dengan selamat.

Medical Card Just Swipe

SWIPE JE TERUS COVER?
Lepas present medical kad pada sebuah syarikat, wakil staff mereka bertanya
"Kenapa ejen syarikat XXX present medical kad mereka, mudah saja? Swipe je, terus cover! Awak punya nampak macam rumit je prosedur"
Sebab mungkin ejen sykt XXX tu kurang pengalaman tuan. Atau sekadar cakap untuk mudah close sales dia. Tuan nak saya cakap manis sekarang, tapi bila nak masuk hospital ada problem? Atau tuan nak diberitahu proses sebenarnya tanpa selindung?
"Apa maksud En?"
Begini tuan. Nak masuk hospital, sebelum sykt takaful beri Guarantee Letter (GL) sbg tanda setuju nak tanggung bil rawatan, sykt akan minta doktor isikan dulu form medical dan berikan lab test report sebagai sokongan. Sykt takaful tak beri GL buta buta tanggung sebarang rawatan asalkan swipe saja. Dia kena tengok dulu. Takut penyakit tu penyakit dah lama wujud atau masih dalam tempoh menunggu.
"Oh gitu. Habis apa gunanya swipe card ni kalau proses GL tunggu doktor jugak?"
Untuk mudahkan proses dapat GL di mana butiran pesakit dan polisinya, cepat dirujuk pada pengkalan data sykt takaful. Tinggal report doktor utk sahkan dapat GL atau tidak. Ini dapat jimatkan masa.
"Jadi GL ni tak tentu dapat la ya walaupun guna swipe card?"
Ya, itulah yang saya cuba jelaskan dan ejen sykt XXX tak terangkan pada anda semua sebelum ni
BERURUSANLAH DENGAN KONSULTAN YANG LUAS PENGALAMAN DAN PENUH INTEGRITI

Isnin, 20 Mac 2017

Kisah Dari Ejen Lain

Ada kenalan Facebook aku baru kehilangan bapanya disebabkan kemalangan jalan raya. Semasa tengah kemas dokumen, dia terjumpa resit Takaful ni. Dia suruh aku datang jumpa dia dan ambil benda ni suruh cek dengan Takaful. Dia syak Ayah dia ada ambil plan dengan Takaful.

Aku baru cek dengan pihak Takaful siang tadi apa benefit yang bapak dia ambil. Rupa rupanya bapak dia ada benefit Hibah Takaful sebanyak RM100,000. Aku tanya inforce atau tidak policy nya?

Rupanya dah SURRENDER pada 21 Oktober 2016.

Jadi aku tanya pada dia kenapa arwah surrender? Dia tak tahu. Dia tanya Mak nya. Mak nya bagitahu, Jiran yang hasut suruh berhenti katanya insurans ni penipu dan takkan dapat claim.

Rupanya kenalan Facebook ni di tahun akhir belajar di UiTM, adik ada 2 masih sekolah. Tingkatan 4 dan 5. Mak nya suri rumah sepenuh masa. Jadi aku terfikir, macam mana nak teruskan kelangsungan hidup?

Entah berapa pula si Jiran tu bagi kat Keluarga kenalan aku ni, aku harap cecah la 5 angka. Disebabkan sorang yang telah beri salah info dan memperjudikan masa depan keluarga ni, aku harap kau rasa bersalah sampai mati nanti.

Bila sakit jumpa Doktor.

Bila kereta rosak jumpa Mekanik.

Bila nak belajar agama, jumpa Ustaz.

Bila nak tanya pasal Takaful, jumpa Ejen. Jangan jumpa langau atau Syaitan.

Nasihat Berguna Yang Aku Dapat Hari Ini.


Seorang Pak Lah membuat aku termenung seketika. Ada 3 perkara yang aku belajar dari beliau. Kenapa aku sebut seorang Pak Lah. Ya...sejak kecil hanya dia seorang tukang gunting rambut aku panggil Pak Lah.

Selama 50 tahun Pak  Lah menabur khidmat gunting rambut. Di Pekan Kupang hanya dia dan anaknya saja melayu tukang gunting rambut yang masih ada. Yang lain lain kedai gunting india. Oh Malaysiaku....boleh juga aku nak sebut Oh Melayuku.

Pagi tadi aku ke kedai beliau dalam pukul 11. Ada seorang  pelanggan sedang diservis oleh Pak Lah, aku bagi salam. Salam dijawab dan aku duduk dikerusi luar kedai beliau. Kedai hanya ditepi rumah. Kedai lama terbakar dulu ni. Sambil menggunting rambut, sambil Pak Lah berceloteh. Terdengar helang di langit berbunyi sayup sayup "heeet...heeet". Pak Lah umur 80 tahun boleh dengar dengan baik...fuhh memang hebat telinga dia.

"Orang zaman dulu yang takdak jam biasanya orang miskin, bila dengar bunyi helang di langit depa dah tau kata pukul 11 pagi (lebih kurang lah). Kalau depa tengah buat kerja, si  isteri akan memanggil suaminya berhenti rehat sebentar kerana hari sudah meninggi" Terang Pak Lah padaku. Ini pelajaran pertama yang aku tak jumpa di tempat lain. Pertama kali dalam hidupku.

Aku memuji Pak Lah kerana dengan usianya yang lanjut, dia masih mampu berkhidmat dengan baik. Aku cuba mengorek rahsianya. "Jangan tidur siang dan jangan minum ais, itu yang Pak Lah jaga dari dulu sampai la ni" terang Pak Lah padaku. Ini pelajaran keduaku. Aku insaf seketika.

Tak lama..baru beberapa ketika Pak Lah menggunting rambut aku, datang seorang tua ingin menggunting rambutnya dan mencukur misai yang nampak tak terurus. Berkain pelikat dan berkopiah...sampai saja di kaki lima kedai dia termengah keletihan. "Pak Lah ooo...aku nak maghi ni pong puah nak suruh ko anak maghi hata, pakat ada kerja belaka. Kah maghi jugak laaa...bergagah jugak bawak keta" rungut orang tua tu. Kesian jugak aku kat dia sebab ada anak tapi tak boleh nak tolong.

Pak Lah meneruskan kerja dia menggunting rambut aku. "Aku ni...nak buat kerja guting rambut ni sapei takdak oghang nak maghi dah ke kedei aku ni. Lagi ada yang maghi lagi tu lah aku guting rambut, kecuali aku mati dulu lah" bebel Pak Lah lagi. Namun aku menanti lagi sambungan dia. "Hak dok maghi ni pong hat lapih aku laa...yang muda muda tak maghi dah sebab dema tak kenal aku ni. Macam mu ni muda maghi sabit kenal aku" Kata Pak Lah kepada ku.

Sambung Pak Lah lagi..." La ni yang dok maghi dulu ni lama tak napak, bila tanya orang, dema beghi thu kata matiii gii dahh...Boleh kata setiap bulan tu ada saja yang dah takdak" Yang ni pelajaran ketiga aku dapat. Setiap kita akan lalui masa senja. Senyap senyap akan dijemput ilahi. Tinggal generasi muda meneruskan legasi kehidupan. Masa tua kita akan tetap kita tempuh. Masanya akan tiba jua. Apakah persediaan yang aku dah buat? Banyak mana dah..? Allahuakbar...selama ni aku lalai juga dengan dunia.

Sabtu, 18 Mac 2017

ISTILAH PENTING MEDICAL CARD

Yearly renewable - Renewal medical kad bergantung kepada claim review setiap tahun. Jika pernah claim banyak atau claim penyakit berisiko tinggi, maknanya every year renewal anda akan review semula.
Ada kemungkinan renewal kena loading (caj tambahan), kena exclusion (pengecualian) penyakit sudah claim atau renewal reject terus. Ini akan menganiaya anda jika claim banyak, menyebabkan anda hilang faedah medical kad dan menyukarkan anda untuk mohon kad baru dari syarikat lain

Guaranteed renewal - Renewal medical kad adalah terjamin walaupun anda claim banyak kali untuk penyakit serupa atau penyakit berisiko tinggi. Syarikat insurans tidak boleh menamatkan medical kad anda sesuka hati mereka melainkan bila anda tak bayar atau lifetime limit habis.

Portfolio Withdrawal Condition (PWC) - Klausa yang membenarkan syarikat insurans untuk menarik balik produk dari pasaran dengan memberi notis 30 hari. Ini adalah klausa "lepas diri" (escape clause) yang membolehkan sesetengah syarikat berhenti menanggung claim yang terlalu banyak dari sesuatu produk, walaupun produk tersebut menjanjikan guaranteed renewal.

Klausa ini akan menganiaya anda jika medical kad ditarik semula, menyebabkan anda hilang faedah medical kad dan menyukarkan anda untuk mohon kad baru dari syarikat lain.

Rabu, 15 Mac 2017

Mat Lan oh..Mat Lan

CERITA 1.
Satu petang Mat lan ronda ronda di kawasan perumahan dia dengan motosikal. Terserempak di pertengahan jalan dengan kawannya ejen takaful Zizi nama dia."Mat Lan jom minum..." ajak Zizi. "Tak dak keja lain lah dia ni...mesti nak promo aku plan takaful dia tu" Mat Lan berbisik dalam hatinya.

Zizi dan mat Lan bersembang tentang aktiviti masing masing selama beberapa bulan tak jumpa. Di akhir perbualan Zizi menyarankan Mat lan ambil plan takaful gantian gaji kerana kerja yang dia buat sekarang banyak di jalanraya dan isteri dia pula tak bekerja..."Tak apa lah Zizi, aku ni dah tak sempat nak bayar bulanan dia tu. Aku tak mampulah" Jawab Mat lan melepaskan diri."Gaji kau 3000, hanya asingkan 10% saja maksima. Nanti kau lumpuh ke, sakit kritikal ke, dah tak boleh kerja, siapa yang nak ganti gaji kau tu?" Tanya Zizi mencari jalan ingin membantu kawannya itu sediakan plan backup kalau jadi apa apa nanti.

Di akhir pertemuan, Mat Lan tetap tak ambil plan gantian gaji yang dicadangkan oleh Zizi tadi.

CERITA 2.
Mat Lan pergi kerja macam biasa....naik motor 125Z miliknya yang baru dibeli bulan lepas....prengg....prenngg...prennggggg....zasss motosikalnya itu membelah angin pagi itu. "Laju jugak motosikal aku ni, baru pulas sikit saja, aku nak cuba try test tengok kepoweran motosikal ni, lagi pun pagi pagi ni jalan sawah depan tu lurus dan tak ada orang sangat.."Mat Lan berniat kurang elok hari tu.

Mat Lan pun menery kelajuan motosikalnya. 180km sejam..."Aku nak bagi sampai 200km sejam" Dipulas lagi telinga motosikalnya. Tiba tiba seekor kerbau melintas di depannya dan apa lagi..sreeetttt.....bam....motosikal Mat Lan membelah kerbau tersebut. Mat Lan pulak melambung tinggi ke udara bagai layang terputus tali. Masa tu seumpama filem omputih yang disetkan gerak perlahan tu, tengah dia terbang melayang, dia teringat pada Zizi kawannya. Dia menjerit "Tolong laa...aku tak nak patah kaki lagi, aku tak kerja anak bini aku nak makan apa!?..Zizi...aku nak ambik takaful dengan kau!" Jerit Mat Lan sekuat hati. Dan akhirnya Mat Lan jatuh juga ke tanah...gedebuk!. Kepalanya jadi berpusing kerana kuatnya jatuh.

"Hoi...abang ni kenapa hah? Tidur tadi tak ambik wudhuk lah tu. Ayang dah pesan nak tido tu ambik lah wudhuk dulu dan baca doa sebelum tidur." Sergah isterinya yang terkejut dengan suaminya yang menjerit kerana jatuh katil.

Termenung Mat Lan seketika. Rupanya dia bermimpi. "Eh..aku mimpi rupanya! Alhamdulillah aku masih sihat, Aku nak pergi jumpa Zizi hari ni jugak. Aku tak nak gadai masa depan keluarga aku lagi. Masa itu emas, duit boleh dicari, kesihatan siapa nak ganti. Dan yang paling penting GAJI AKU SIAPA NAK GANTI kalau jadi apa apa pada aku?. Betullah kata kata Zizi tempoh hari. Sekarang aku dah sedar betapa pentingnya gaji aku ni.

Isnin, 13 Mac 2017

Takaful Juga Perlu Upgrade Bang...


Dulu ni kita semua pernah lah merasa kecanggihan hp nokia, 3310, 3210 dan berbagai lagi lah. Yang bentuk bujur tak bujur pun ada. Tapi basic saja lah. Saya tak sempat la nak follow yang mahal mahal tu.

Industri IT meletop, kita semua pun tukar hp...nokia letak tepi buat main main ja. Sekarang ni kita tengok semua lapisan rakyat dah ada smartphone hatta yang motong getah pun. Orang boleh terima perubahan.

Begitu jugak dengan kereta. Dulu kereta gear manual. Tekan kelas pun kebas punggung silap urat, punya la keras. Aircond pun takdak. Tuu...pun megah tak kira lah..tengok orang naik gerek pun reling reling ja.

La ni carilah kereta baru yang manual. Hampir tiada di pasaran. Bila pi tengok di showroom mesti nak tengok yang auto. Mana layan yang manual ni haha. Itu juga perubahan atau upgrade. Kenapa? Ya....kerana tuntutan semasa.

Macam tu jugak lah dengan plan takaful sedia ada. Cuba tengok balik plan yang kita ambil hampir 10 tahun yang lalu, masih patut lagikah dengan harga yang kita bayar tu? Patut tak patut? Cuba cek balik tengok. Ada juga yang saya jumpa plan 100 sebulan hanya cover elaun wad dan asas saja. Itu pun rendah ya amat. Kalau kena sakit kritikal atau accident pakai tak dapat apa lah.

Dengan 100 tu boleh dapat banyak coverage lagi sekarang ni. Buat apa kita nak kekalkan yang lama? Nanti masa nak guna baru lah rasa silap. Jangan camtu bang. Sesal dulu la ni, sesal nanti sesen pun tak guna.

Apa nak buat? Review lah semula plan yang dok ada tu dan upgrade atau tambah lagi plan yang tak ada.

Ahad, 12 Mac 2017

Aktif Semula Dengan Blog

Dulu saya pernah berblogging...lepas tu berenti. Tak istiqamah. Kalau saya teruskan blog, banyak juga kebaikan yang dapat. Blog ni medium statik. Bila bila orang cari,akan jumpa mudah saja.  Kalau dengan FB, tak larat scroll huhu.

Jadi...selamat datang cara baru saya. Blog ni lebih kepada membina content tentang apa yang saya buat sekarang. Dunia takaful. Saya akan share info penting untuk kegunaan semua. Secara umum dan tidak khusus kepada syarikat tertentu.

Harapan agar semua dapat menerima cara baru saya ini.

Terima kasih.

Posting Pertama Blog Saya

Hai semua...
Salam sejahtera diucapkan.

Korang mesti hairankan? Apa ke benda mamat ni nak cerita dalam blog ni. STORI TAKAFUL! Eh..takaful pun ada stori jugak ke? Tak pernah pun den dengar. Ha ha...ok saya akan cerita sikit lah pasal blog ni.

Ramai jugak orang yang ada takaful ni...walaupun tak sampai separuh rakyat Malaysia yang ada takaful nih. Tapi banyak perkara yang pemilik polisi takaful yang tak tahu isi kandungan dan terma coverage takaful yang mereka ambil tu. Haa...bila yang sedar bahawa takaful tu tak boleh diguna pun bila nak claim? Masa sakit lah. Perkara ni terjadi kerana musibah yang menimpa tu tak dilindungi. Plan kemalangan, tapi nak claim demam denggi. Sampai bila pun tak boleh cek oi haha...ceroi betoi.

Ada jugak tu ...ambil plan kebakaran premis, tapi kata plan perlindungan diri! Lawak jugak kadang tu. Tak faham atau saja saja buat tak faham. Puas pulak den nak explain balik bagi kembali ke jalan yang lurus dari mazhab sesat.

Kalau korang yang bukan ejen takaful akan faham ke setiap patah perkataan atau isi kontrak dalam polisi takaful tu? Den pasti...kebanyakan orang sedia faham kalau apa saja sakit atau musibah yang menimpa, syarikat takaful WAJIB cover dalam apa jua keadaan sekali pun. Jadi tak heran lah kalau ada orang masuk wad nak bersalin, call ejen nak claim takaful atau insuran, alih alih ejen kata tak boleh, apa lagi mengamuk sakan lah. Mula lah kata takaful penipu lah apa lah dan macam macam lagi wei...Kenapa jadi macam ni? Kenapa dan kenapa? WHY?

Ada beberapa sebab lah biasanya...seperti ejen cerita tak habis, pemohon acah acah faham padahal tak faham sikit habuk pun, Pengecualian dalam buku polisi yang langsung tak dibaca pun huhu. Bila ditanya baca tak? Tak baca...haish apa kena ni....dalam tu ada bahasa melayu, hampa baca lah bagi faham. Kalau ada tak faham, call la balik ejen tu tanya bagi faham.

So...atas sebab tu lah blog ni diwujudkan untuk membantu semua pemilik polisi agar faham dengan betul apa kandungan yang dalam polisi masing masing.Jangan asyik rasa tertipu saja. Sampai takaful yang baik ni pun dah disalah anggap.

Ok...jika anda semua ada apa apa permasalahan berkaitan tajuk posting yang den bagi tu, boleh saja terus tanya. Bila den sempat den akan jawab sebaiknya. ok.

Selamat membaca dan faham.








Nak Kuat Ingatan...Boleh Cuba Cara Ini

Cuba tip-tip ini apabila ingin mengingati sesuatu yang penting: 1. Mengalihkan perhatian dari diri sendiri . Kita mungkin merasak...