Selasa, 4 September 2018

Nak Kuat Ingatan...Boleh Cuba Cara Ini

Cuba tip-tip ini apabila ingin mengingati sesuatu yang penting:

1. Mengalihkan perhatian dari diri sendiri.

Kita mungkin merasakan sangat rajin dan fokus  kepada kerja yang dilakukan, tetapi kita tak berapa nak ingat apa yang telah kita lakukan tadi. Apa salahnya untuk kita luangkan masa dua minit menonton YouTube,  atau melepaskan suara sekuatnya (cari tempat yang sesuailah) atau sebagai orang islam boleh membaca alquran. Jangan fikir lagi kerja yang bertimbun itu. Rehatkan minda sekejap.


2. Meraikan pencapaian kecil.

Dopamine akan dikeluarkan dari badan kita  apabila kita selesai melakukan sesuatu tugasan, kita akan merasa puas. Untuk itu kita boleh senaraikan pecahan beberapa tugasan kecil kita untuk sepanjang hari kita bekerja. Setiap kali siap tugas kecil itu, boleh lah raikannya seperti makan coklat atau aiskrim. Siap ja terus raikan. Jadi kita tak akan boring dan kita mudah ingat.

3. Merehatkan badan nengikut jadual yang ditetapkan.

Seperti melakukan lompat tali (skipping jump). Boleh juga berlari menaiki tangga pejabat . Bahkan jika anda tak punyai masa yang cukup boleh saja bangun dan melakukan 10 jumping jack
di sebelah meja, dengan cara itu kita telah memberi sedikit rangsangan kepada tubuh untuk menghasilkan  enzim endorfin dan dopamine. Dengan cara ini juga menjadikan kita lebih kreatif.

4. Mengambil kesempatan untuk mencuba sesuatu yang baru.

Ia tidak bererti melakukan
kemahiran baru atau tugasan baru. Ia hanyalah cara untuk melakukan kejutan deria contohnya meletakan
tangan kita ke atas bahan-bahan yang berbeza, atau apabila kita bekerja di lapangan kita rasa panas, bolehlah masuk ke dalam bangunan sekejap untuk merasa suasana berbeza. Atau mungkin setiap hari kita menghirup bauan pejabat yang sama, boleh juga buat kerja di tempat lain yang baunya berbeza. Atau kita boleh saja tukar bauan wangi dalam pejabat kita atau juga kedudukan meja kerja kita.

Tujuannya ialah untuk elakan diri kita dari perasaan membosankan. Inilah yang dikatakan Surprise!

Nah...itulah aktiviti untuk orang yang kerja statik di tempat yang sama. Kalau kerja ejen takaful atau bisnes kewangan, rasa boring itu jauh sekali kerana setiap hari akan berjumpa orang berbeza dan suasan tempat berbeza. 😉😉

Nak Kuat Ingatan...Boleh Cuba Cara Ini

Cuba tip-tip ini apabila ingin mengingati sesuatu yang penting: 1. Mengalihkan perhatian dari diri sendiri . Kita mungkin merasak...