Rabu, 19 April 2017

Kad Power Tapi Tak Power.

Seorang kawan tanya pendapat saya, dia dapat offer dari ejen yang jual medical kad RM850,000. Takde lifetime limit. Terus boleh pakai RM850,000. Basic coverage adalah dalam RM50,000. Bayar dalam RM1,800 setahun.
Saya tanya balik, income kau berapa sebulan?
"Dalam RM5,000"
Dah ada insurans lain?
"Takde"
Okay... Sebenarnya soalan kau tu sama seperti tanya pasal Buffet Hotel. Katakan hotel tu tawarkan 850 jenis juadah, pada harga RM180 seorang. Kau ambik tak?
"850 juadah?? Fuhh gila banyak! Tapi perut aku bukan besar mana. Tak larat nak makan semua. Tak berbaloi dengan apa aku bayar RM180 tu"
Tau pun...  Sama jugak dengan medical kad RM850,000. Bukan kau akan pakai RM850,000 sekaligus. Dia bayar ikut bil saja. Kau pakai RM3,000, dia bayar RM3,000 je. Maksimum claim medical paling tinggi pun tak sampai RM200,000-RM300,000.  Berbaloi tak kau habiskan bajet untuk Takaful kau, untuk medical kad saja?
"Hmmmm... " jawabnya sambil berfikir
Sekarang ni kau kena sedar, kau ada keperluan lain selain medical kad. Keperluan nak ganti-semula income yang hilang kalau sakit kritikal atau hilang keupayaan bekerja. Itu yang patut kau fokuskan.
Kalau gaji RM5,000 sebulan, kau patut ada basic coverage RM750,000. Bukan RM50,000. Medical kad cover RM200,000 cukup lah. Yang lain fokus untuk faedah sakit kritikal, elaun hospital dan accident. Baru lengkap!
"Ohhh gitu. Kau buatkanlah quotation untuk aku kalau gitu. Umur 30."
Akhirnya, sel-sel otak dia dah berhubung. Hehehe (bisik aku sambil tersenyum)

Ahad, 9 April 2017

Takaful Sebelum Sakit Bukan Selepas Sakit

Takaful adalah JAMINAN TANGGUNG KERUGIAN yang berlaku akibat MUSIBAH yang BELUM LAGI BERLAKU
Fahamkan part YANG BELUM BERLAKU tu
Sebab ramai tak faham faham


Contoh : Ramai nak cari Takaful yang boleh cover Medical / Hospitalization untuk mak ayah yang sudah ada penyakit.

Tu tanda anda masih tak faham Takaful tu apa .Yang anda nak tu DUIT, bukan Takaful 
Takaful BUKAN aqad jual duit besar, bayar duit kecik Nak jaminan tanggung kerugian, SYARAT UTAMA MUSIBAH TU MESTI BELUM BERLAKU.


Sekarang ni dah ada TAKAFUL WARGA EMAS YANG SUDAH BERPENYAKIT. Satu satunya plan yang ada di pasaran sekarang. Kerana sudah berpenyakit pun kami terima, maka faedah Takaful yang diberi hanya untuk faedah kematian biasa dan kematian kemalangan sahaja.
Mati itu pasti berlaku. Ini cara mudah nak buat hibah, sedekah jariah atau waqaf. Persediaan awal sebelum dijemput.

Isnin, 3 April 2017

Kekeliruan Yang Mesti Dibetulkan

Saya seorang doktor dan staff kerajaan..Perlukah saya mengambil takaful?

Doktor. Mestilah dapat layanan kelas pertama. Staff kan!!..

Kalau bukan doktor tapi kakitangan kerajaan macam mana?
Tuan puan boleh ikut Q macam biasa. Kalau ada kenal 'orang dalam', mungkin boleh ejas-ejas. Itu pun kalau bernasib baik.

Jadi doktor tidak payah ambil takaful la kan? PERLU!!!!

Tuan puan, Lekatkan dalam 'subconscious mind', Takaful bukan Kad Perubatan Sahaja.

Takaful ada perlindungan Death/TPD dan sakit kritikal. 2 perkara ini ramai orang terlepas pandang.

Tuan puan, kalau anda ditakdirkan sakit kritikal dan tidak mampu untuk bekerja, macam mana? Terpaksa di 'medical board'-kan. Berapa duit pencen yang anda dapat? Berapa duit saguhati yang anda dapat?

Pernah terfikir tidak kalau perkara ini berlaku pada diri anda? Ramai merasa terlalu selesa apabila bekerja dengan kerajaan, memikirkan everything is secure. Sedar lah tuan puan, tiada dalam dunia yang kekal dan secure.

So, saya pun kena ambil Takaful untuk melindungi saya jika berlaku Death/TPd dan sakit kritikal.

Disini saya sertakan sekeping gambar, menunjukkan cara pengiraan pencen anda jika  perlu bersara awal.

Contoh: Gaji rm6000
Gaji hakiki rm5000
Elaun rm1000

Telah berkhidmat selama 10tahun.

Perkiraan ialah :
1/600 x rm5000x 120 bulan = rm1000 (duit pencen bulan-bulan)

Hadiah: 7.5/100 x rm5000x 120 bulan = rm45,000.

Agak2 cukup tak nak bayar loan-loan rumah dan kereta? Berapa lama boleh bertahan? Kalau anda hidup dengan lifestyle rm6000, maka duit hanya dapat bertahan selama
7.5 bulan sahaja!!!!!

Buka buku polisi masing2 dan semak..

Nak Kuat Ingatan...Boleh Cuba Cara Ini

Cuba tip-tip ini apabila ingin mengingati sesuatu yang penting: 1. Mengalihkan perhatian dari diri sendiri . Kita mungkin merasak...