Memaparkan catatan dengan label TAKAFUL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TAKAFUL. Papar semua catatan

Jumaat, 6 Oktober 2017

PLAN GANTIAN GAJI

Kenapa dinamakan ganti gaji?
Dah tentu kerana pada masa orang lain tak boleh nak berikan gaji ganti kepada anda dan keluarga anda sama seperti yang anda dapat sekarang bila terlantar sakit dan diberhentikan kerja oleh majikan, plan ganti gaji ini dapat selesaikan masalah tersebut.
.
Bila lumpuh, anda yang akan dapat gantian gaji dan jika meninggal awal, keluarga anda akan mewariskan gaji tersebut sampai bila bila tanpa gangguan.

Apa akan saya dapat dengan plan ni jika gaji saya 5000 sebulan?
1. Bila anda lumpuh, anda akan dapat 750,000. Begitu juga jika meninggal, keluarga anda akan dapat 750,000 sebagai hibah. Duit ini pula akan dilaburkan ke dalam pelaburan yang jangkaan pulangannya 8% setahun. Dari itu anda atau keluarga anda akan dapat nikmati keuntungan sebanyak 60,000 setahun atau 5000 sebulan! Bukankah jumlah ini sama dengan gaji yang anda sedang dapat sekarang? Inilah yang dinamakan pelan gantian gaji! Yang boleh setelkan segala hutang bulanan kereta atau rumah dan juga makan minum keluarga tanpa perlu meminta sedekah dari orang lain.

2. Bila anda kena sakit kritikal, pihak Zurich Takaful akan berikan pampasan pendahuluan sebanyak 180,000 bersamaan 3 tahun gaji. Kenapa 3 tahun? Kerana biasanya dalam tempoh ini ialah masa yang menentukan anda boleh teruskan hidup atau meninggal awal. Dengan jumlah 180k itu anda boleh berusaha sedaya upaya mendapatkan rawatan yang maksima untuk sembuh.

3. Bila anda di masukan ke mana mana hospital, anda akan dibayar 150 sehari bersamaan 4500 sebulan.

4. Jika anda atau mana mana ahli keluarga anda meninggal, pihak takaful akan sumbangkan khairat kematian sebanyak 2000 terhad kepada 6 orang saja termasuk anda.

5. Pihak takaful akan melaksanakan badal haji, qurban dan waqaf untuk anda jika belum menunaikan haji lagi.

6. Anda juga akan diberikan medical card yang cover kos perubatan anda di hospital pakar sebanyak 100,000 setiap tahun tanpa had seumur hidup sehingga umur 80 tahun. Kelayakan bilik ialah 250 semalam. Tambahan khairat 5000 lagi akan diberikan dalam plan kad ini. Ingat! tanpa medical card, anda mungkin dalam dilema jika terpaksa memikirkan cara nak tampung kos rawatan.
Berapakah caruman bulanan yang perlu saya sediakan untuk plan ini?

Caruman yang ideal untuk plan ini ialah maksima 10% dari gaji anda. Jika lebih dari itu mungkin anda tak mampu bayar. Jadi caruman plan ini ialah 505 sebulan yakni 10% dari gaji bulanan 5000.

P/S...Plan ini ganti gaji ini ibarat pagar yang mengelilingi rumah anda. Lagi besar rumah, lagi besarlah tembok pagar yang perlu dibina. Pagar dibina untuk halang dari dimasuki pencuri. Plan ganti gaji untuk halang gaji daripada hilang.



Ahad, 17 September 2017

Takut?



Sepatutnya bukan konsultan Takaful yang anda patut takut nak jumpa

Yang anda patut takut ialah bila musibah datang menimpa, dan anda tak bersedia dari segi kewangan

Tetiba anak sakit teruk dan perlukan rawatan segera dengan kos RM100,000. Aduhhhh mana nak cari duit ni?

Tetiba isteri sakit kanser tahap kritikal dan perlukan pembedahan dan rawatan kimo sebanyak 12 cycle. Nak pegi hospital awam kena tunggu giliran 2 bulan. Nak pegi hospital swasta, doktor cakap kosnya RM180,000. Mana nak cari duit ni??

Tetiba suami meninggal sebab kemalangan jalan raya. Sapa nak tanggung belanja 5,000 tiap tiap bulan? Sapa nak bawak anak anak sekolah? Aduhhh tak sampai hati nak serah anak kat orang walaupun terpaksa. Mintak bantuan, mereka kasi 300 saja. Macam mana nak teruskan hidup ni?

ITULAH YANG PATUT ANDA TAKUTKAN
Bukan konsultan Takaful 

Rabu, 19 April 2017

Kad Power Tapi Tak Power.

Seorang kawan tanya pendapat saya, dia dapat offer dari ejen yang jual medical kad RM850,000. Takde lifetime limit. Terus boleh pakai RM850,000. Basic coverage adalah dalam RM50,000. Bayar dalam RM1,800 setahun.
Saya tanya balik, income kau berapa sebulan?
"Dalam RM5,000"
Dah ada insurans lain?
"Takde"
Okay... Sebenarnya soalan kau tu sama seperti tanya pasal Buffet Hotel. Katakan hotel tu tawarkan 850 jenis juadah, pada harga RM180 seorang. Kau ambik tak?
"850 juadah?? Fuhh gila banyak! Tapi perut aku bukan besar mana. Tak larat nak makan semua. Tak berbaloi dengan apa aku bayar RM180 tu"
Tau pun...  Sama jugak dengan medical kad RM850,000. Bukan kau akan pakai RM850,000 sekaligus. Dia bayar ikut bil saja. Kau pakai RM3,000, dia bayar RM3,000 je. Maksimum claim medical paling tinggi pun tak sampai RM200,000-RM300,000.  Berbaloi tak kau habiskan bajet untuk Takaful kau, untuk medical kad saja?
"Hmmmm... " jawabnya sambil berfikir
Sekarang ni kau kena sedar, kau ada keperluan lain selain medical kad. Keperluan nak ganti-semula income yang hilang kalau sakit kritikal atau hilang keupayaan bekerja. Itu yang patut kau fokuskan.
Kalau gaji RM5,000 sebulan, kau patut ada basic coverage RM750,000. Bukan RM50,000. Medical kad cover RM200,000 cukup lah. Yang lain fokus untuk faedah sakit kritikal, elaun hospital dan accident. Baru lengkap!
"Ohhh gitu. Kau buatkanlah quotation untuk aku kalau gitu. Umur 30."
Akhirnya, sel-sel otak dia dah berhubung. Hehehe (bisik aku sambil tersenyum)

Ahad, 9 April 2017

Takaful Sebelum Sakit Bukan Selepas Sakit

Takaful adalah JAMINAN TANGGUNG KERUGIAN yang berlaku akibat MUSIBAH yang BELUM LAGI BERLAKU
Fahamkan part YANG BELUM BERLAKU tu
Sebab ramai tak faham faham


Contoh : Ramai nak cari Takaful yang boleh cover Medical / Hospitalization untuk mak ayah yang sudah ada penyakit.

Tu tanda anda masih tak faham Takaful tu apa .Yang anda nak tu DUIT, bukan Takaful 
Takaful BUKAN aqad jual duit besar, bayar duit kecik Nak jaminan tanggung kerugian, SYARAT UTAMA MUSIBAH TU MESTI BELUM BERLAKU.


Sekarang ni dah ada TAKAFUL WARGA EMAS YANG SUDAH BERPENYAKIT. Satu satunya plan yang ada di pasaran sekarang. Kerana sudah berpenyakit pun kami terima, maka faedah Takaful yang diberi hanya untuk faedah kematian biasa dan kematian kemalangan sahaja.
Mati itu pasti berlaku. Ini cara mudah nak buat hibah, sedekah jariah atau waqaf. Persediaan awal sebelum dijemput.

Selasa, 21 Mac 2017

Medical Card Just Swipe

SWIPE JE TERUS COVER?
Lepas present medical kad pada sebuah syarikat, wakil staff mereka bertanya
"Kenapa ejen syarikat XXX present medical kad mereka, mudah saja? Swipe je, terus cover! Awak punya nampak macam rumit je prosedur"
Sebab mungkin ejen sykt XXX tu kurang pengalaman tuan. Atau sekadar cakap untuk mudah close sales dia. Tuan nak saya cakap manis sekarang, tapi bila nak masuk hospital ada problem? Atau tuan nak diberitahu proses sebenarnya tanpa selindung?
"Apa maksud En?"
Begini tuan. Nak masuk hospital, sebelum sykt takaful beri Guarantee Letter (GL) sbg tanda setuju nak tanggung bil rawatan, sykt akan minta doktor isikan dulu form medical dan berikan lab test report sebagai sokongan. Sykt takaful tak beri GL buta buta tanggung sebarang rawatan asalkan swipe saja. Dia kena tengok dulu. Takut penyakit tu penyakit dah lama wujud atau masih dalam tempoh menunggu.
"Oh gitu. Habis apa gunanya swipe card ni kalau proses GL tunggu doktor jugak?"
Untuk mudahkan proses dapat GL di mana butiran pesakit dan polisinya, cepat dirujuk pada pengkalan data sykt takaful. Tinggal report doktor utk sahkan dapat GL atau tidak. Ini dapat jimatkan masa.
"Jadi GL ni tak tentu dapat la ya walaupun guna swipe card?"
Ya, itulah yang saya cuba jelaskan dan ejen sykt XXX tak terangkan pada anda semua sebelum ni
BERURUSANLAH DENGAN KONSULTAN YANG LUAS PENGALAMAN DAN PENUH INTEGRITI

Nak Kuat Ingatan...Boleh Cuba Cara Ini

Cuba tip-tip ini apabila ingin mengingati sesuatu yang penting: 1. Mengalihkan perhatian dari diri sendiri . Kita mungkin merasak...